Jumaat, 28 Ogos 2009

"HABLUMMINALLAH WAHABLUMMINANNAS"


Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.Teks diatas hendak menjelaskan betapa pentingnya menjaga hubungan antara makhluk apatah lagi dengan Robbul alamin(tuhan sekalian alam).

Menjaga hubungan dengan Allah.Bukan mudah untuk kita mengambil atau menjaga hati Allah.Membuat apa yang dilarang sudah melukakan hatinya dan tidak membuat apa yang disuruh sudah membuatkan kemarahan.kadang kala dosa yang dilakukan oleh kita tanpa disedari membuatkan hubungan kita dengan Allah menjadi renggang.

Untuk memperbaiki semula hubungan kita dengan Maha Pencipta,selalu lah kita membuat solat sunat taubat yang mana Allah sentiasa menunggu maaf daripada hambanya yang ikhlas dan rendah diri.
Hubungan sesama makhluk adalah sangat penting lebih lagi hubungan antara ibu dan ayah kita.dosa manusia dengan manusia,hanya manusia yang boleh memaafkan.begitu juga dosa kita dengan Allah."ALLAH TIDAK AKAN REDHA INSAN ITU APABILA IBU BAPA TIDAK MEREDHAINYA"Ini jelas bahawa HABLUMMINALLAH WAHABLUMMINANNAS penting untuk kita menjadi insan dan mu'min yang berjaya dan dikasihi.